Taklimat Advokasi Guru Kaunseling.
6 April 2018 | Aktiviti TerkiniBertempat di Dewan Arif Budiman, Taiping telah diadakan satu sesi taklimat advokasi Klik Dengan Bijak. Taklimat ini diadakan untuk guru-guru kaunseling untuk sekolah seluruh Daerah Larut, Matang dan Selama. Seramai 177 orang guru telah hadir untuk mendengar taklimat ini. Antara tajuk taklimat yang disampaikan ialah Pengenalan PI, Online Grooming, E-waste, Maklumat Palsu, Hak dan Tanggungjawab Warga Digital dan Check Your Label. Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan mengenai keselamatan internet supaya guru-guru dapat menyampaikan maklumat tersebut kepada pelajar di sekolah masing-masing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: